1. Sediakan hamster di dalam travel cage
Kalau i x guna travel cage sebab kebanyakkan travel cage kecik sangat buatkan i rasa kesian, ni jugak 1 kelebihan guna storage box sebab ringan dan mudah bawak kemana2, korang boleh je diy storage box jadikan travel cage, kalau x guna boleh buat simpan barang2 hamster.
2. Keluarkan barang berbahaya, dan tambahkan bedding, kertas atau benda2 yang x berat
Kalau korang guna hideout ceramic tukar dengan hideout lebih ringan dan x bahaya, ada jugak bowl seramik, kalau boleh tukar yang lebih ringan
3. Pakaikan seatbelt pada cage
Jangan letak kat bawah sebab bila terlanggar lubang terhentak lagi kuat berbanding di atas seat, jangan harap orang lain memegangnya sebab selalu perjalanan yang jauh buat orang rasa bosan atau tertidur, so boleh elakkan
4. Bagi makanan yang tepat dengan keadaan
Korang boleh bagi makanan biasa korang bagi tambah dengan buah atau sayur, dekat R&R macam2 jenis buah ada, bagi sedikit pada hamster, sebab botol air harus keluarkan takot terjatuh atau elakkan cage basah, keadaan dalam kereta bergerak boleh buatkan air tumpah dan takot masa hamster tengah minum terhentak buatkan mulut atau lidah hamster luka
5. Tetap tenang, dan mainkan muzik santai
Lagu yang terlalu kuat buatkan hamster stress dan lebih takot, hamster sebenarnya suka mendengar muzik, selagi ia adalah lagu yang lembut dan menyenangkan yang dimainkan pada volume yang rendah.
6. Bawak tuala untuk tutup cage
Kalau diwaktu siang korang perlu tutup cage dengan kain atau tuala, supaya x menganggu masa hamster tidur, cahaya matahari juga boleh buatkan hamster buta kalau terlalu lama
7. Jangan buka tingkap
Buka tingkap bukan idea yang bagus untuk hamster sebab udara di highway penuh dengan asap2 dari kenderaan, bedding boleh terbang sebab angin yang terlalu kuat atau bunyi dari kenderaan seperti moto atau lori yang menakutkan hamster
8. Jangan tinggalkan hamster di dalam kereta
Jangan ye!!! Manusia pun boleh mati, kalau berhenti bukak tingkap pun jangan, kalau enjin hidup tingkap bukak pun jangan, semua ni bukan bahayakan hamster saja ia membahayakan korang sekali tambah kalau kereta korang x servis kereta atau kereta lebih 5 tahun
Hamster mudah diangkut dan menjadikan kawan baik dalam perjalanan. Pastikan hamster kesayangan korang menikmati pengembaraan seperti yang korang rasakan.


